Sila tonton video berikut untuk menambah kefahaman mengenai Open Educational Resources (OER) :
Tuesday, 27 March 2018
OPEN EDUCATIONAL RESOURCES
Open Educational Resources (OER) merupakan satu kaedah pembelajaran terbuka yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Sila tonton video berikut untuk menambah kefahaman mengenai Open Educational Resources (OER) :
Sila tonton video berikut untuk menambah kefahaman mengenai Open Educational Resources (OER) :
FLIPPED LEARNING
Flipped Learning merupakan model pedagogi yang "menyongsangkan" kaedah biasa bagi pengajaran dan kerja rumah. Murid menonton video pendek guru di rumah sebelum ke kelas. Aktiviti di dalam kelas lebih tertumpu kepada aktiviti perbincangan, latihan dan projek.
Berikut merupakan tayangan video mengenai Flipped Learning :
Berikut merupakan tayangan video mengenai Flipped Learning :
BLENDED LEARNING
Blended learning merupakan program pembelajaran (formal atau tidak formal) yang menggabungkan media digital atas talian dengan kaedah tradisional dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, blended learning juga memerlukan kehadiran fizikal guru dan juga murid, tetapi dengan pendekatan murid boleh mengawal masa, tempat atau kadar pembelajaran mereka.
Berikut merupakan ringkasan video mengenai apa itu BLENDED LEARNING .
Berikut merupakan ringkasan video mengenai apa itu BLENDED LEARNING .
MOOC (MASSIVE OPEN ONLINE COURSE)
MOOCs ataupun Massive Open Online Courses merupakan kursus pembelajaran dalam talian (online) yang terbuka secara percuma.
Sehingga kini, MOOCs Malaysia menawarkan 63 kursus yang menarik, dan seramai 137,946 pelajar daripada lebih 80 negara mengikuti MOOC Malaysia.
MOOCs Malaysia merupakan agenda keutamaan Kementerian di bawah Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (Globalised Online Learning) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
U-LEARNING
- · Belajar di mana-mana (atau u-learning, ULearning) adalah setara dengan beberapa bentuk sederhana pembelajaran bergerak misalnya bahawa lingkungan belajar yang dapat diakses dalam berbagai konteks dan situasi.
- Lingkungan belajar di mana-mana (Ule) dapat mengesan data konteks lebih dari elearning.
- Selain domain dari eLearning, uLearning dapat menggunakan konteks kesedaran lebih untuk menyediakan isi kandungan yang paling digunapakai untuk pelajar.
M-LEARNING
Mobile Learning (m-learning) merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang melibatkan device (perangkat) bergerak atau portable seperti telefon pintar ,PDA, Laptop dan tablet PC, yang membolehkan murid mengakses maklumat yang akan digunakan dalam PdPc. Berdasarkan definisi tersebut, mobile learning merupakan model pembelajaran yang memanfaatkan teknologi informasi dan komunikasi. Pembelajaran dengan menggunakan m-learning akan memudahkan murid untuk mencari maklumat di mana sahaja murid berada. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan proses PdPc dan mengurangkan kekangan dalam mencari informasi tambahan terhadap bahan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman murid mengenai isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru.
E-LEARNING
E-learning merupakan singkatan dari Elektronic Learning, merupakan cara baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan media elektronik khususnya internet sebagai sistem pembelajarannya. E-learning merupakan dasar dan konsekuensi logik dari perkembangan teknologi informasi dan komunikasi. Berikut merupakan beberapa pendapat tokoh mengenai e-learning :
- Jaya Kumar C. Koran (2002)e-learning sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau internet) untuk menyampaikan isi pembelajaran, interaksi, atau bimbingan.
- Rosenberg (2001)
menekankan bahawa e-learning merujuk pada penggunaan teknologi internet untuk menyelesaikan permasalahan yang dapat meningkatkan pengetahuan dan keterampilan - Darin E. Hartley [Hartley, 2001]eLearning merupakan suatu cara pengajaran dan pembelajaran menggunakan media Internet atau media jaringan komputer yang lain.
- LearnFrame.Com dalam Glossary of eLearning Terms [Glossary, 2001]
eLearning adalah sistem pendidikan yang menggunakan aplikasi elektronik untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan media Internet, jaringan komputer.
Subscribe to:
Posts (Atom)

